Syed Saddiq, Hishammuddin kini berjiran

Syed Saddiq, Hishammuddin kini berjiran

SIDANG Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Parlimen Penggal Pertama ke-15 bermula hari ini.

Ini hari pertama semua Ahli Parlimen melangkah ke Dewan Rakyat selepas masing-masing menang di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November lalu.

Sudah tentulah suasana ‘baharu’ seperti kedudukan Ahli Parlimen diatur baharu menjelang hari pertama persidangan Dewan Rakyat.

Hantaran di Facebook Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menarik perhatian netizen berikutan menggelarkan barisan kedudukan beliau di Parlimen sebagai sebagai paling ‘handsome’.

Syed Saddiq memaklumkan kedudukan beliau dalam Dewan Rakyat bersebelahan dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn di blok Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.

“Jiran baru saya dalam Parlimen, YB Hishammuddin Hussein. Barisan Ahli Parlimen paling ‘handsome’ setakat ini.

“Memandang ke hadapan sebagai pembawa suara rakyat Malaysia di Parlimen,” katanya yang merupakan penggal kedua menjadi Ahli Parlimen.

Hantaran Saddiq itu kemudiannya dibalas Hishammuddin dengan komen ringkas, “Memandang ke hadapan untuk perkara yang sama.” – Malaysiapost

Komen