Syed Saddiq mohon Dewan Rakyat bahas isu banjir Pantai Timur esok

Syed Saddiq mohon Dewan Rakyat bahas isu banjir Pantai Timur esok

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukan usul tergempar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul meminta situasi banjir di Pantai Timur dibahaskan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berharap ia akan dibahaskan esok berikutan situasi di Pantai Timur ketika ini amat merisaukan.

“Situasi banjir di Pantai Timur sekarang sangat merisaukan. Saya telah kemukakan satu usul tergempar kepada YDP Dewan Rakyat untuk bahaskan situasi banjir di Pantai Timur.

“Saya berharap usul ini dibahaskan esok di Dewan Rakyat. Doakan,” katanya.

Menerusi notis usul berkenaan, Syed Saddiq trut mencadangkan beberapa solusi termasuk mengisytiharkan Darurat Iklim peringkat nasional.

Selain itu, beliau mahu birokrasi dalam urusan pemberian bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana dikurangkan.

“Menuntut penglibatan semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang untuk bekerjasama dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi memastikan bantuan dapat dimaksimakan dan diberi dengan segera.

“Koordinasi dan bantuan diperingkat negeri dan Persekutuan dapat diselaraskan untuk mengelakkan sebarang keciciran

“Serta, memastikan kebajikan manga bencana teriamin dan dibantu secara holistik ketika dan selepas bencana,” katanya menerusi notis usul itu.

Terdahulu, keadaan banjir di tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Perak, dilapor bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan, sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga esok. – Malaysiapost

Komen