Lebih 63,000 mangsa banjir, 5 kematian setakat ini

Lebih 63,000 mangsa banjir, 5 kematian setakat ini

SERAMAI 63,415 mangsa terjejas akibat banjir di seluruh negara membabitkan 17,377 keluarga dan setakat jam 6 pagi tadi, lima mangsa dilaporkan maut susulan bencana berkenaan.

Mangsa yang maut adalah membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di daerah Pasir Mas dan tiga remaja perempuan di Tumpat, Kelantan, manakala seorang kanak-kanak perempuan di Besut, Terengganu.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), keseluruhan lima negeri terbabit banjir membabitkan 21 daerah yang terjejas.

Menurut laporan itu, Kelantan merekodkan mangsa seramai 25,353 mangsa daripada 6,897 keluarga membabitkan daerah Bachok, Jeli, Kota Bahru, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Terengganu mencatatkan seramai 37,021 mangsa daripada 10,211 keluarga di daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Banjir di Johor pula dilaporkan di daerah Segamat yang membabitkan 53 mangsa daripada 17 keluarga, manakala di Pahang banjir melanda daerah Kuantan dan Raub menjejaskan 934 mangsa daripada 235 kelaurga.

Perak pula merekodkan seramai 54 mangsa daripada 17 keluarga membabitkan daerah Hilir Perak.

Secara keseluruhan keadaan banjir di seluruh negara dilaporkan meningkat terutama di Terengganu. – Malaysiapost

Komen