Semoga segera pulih

Semoga segera pulih

KETUA Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melawat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, di Hospital Selayang, hari ini.

Lawatan itu susulan Norazam dimasukkan ke hospital berkenaan jam 6 petang semalam selepas mengalami angin ahmar ringan dan keletihan selepas terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, sejak Jumaat lalu.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), memaklumkan
kehadiran Ketua Polis Negara telah disambut oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang, Datuk Dr Mohamed Alwi Abd Rahman.

Hadir sama dalam lawatan tadi ialah para pegawai kanan PDRM bersama pegawai JBPM Selangor.

“Seluruh warga PDRM mendoakan agar kesihatan Datuk Norazam segera pulih dan dapat kembali menjalankan tugas seperti sedia kala,” menurut hantaran itu. – Malaysiapost

Komen