Tambah, salur segera bantuan kepada mangsa banjir – Pemuda Umno

Tambah, salur segera bantuan kepada mangsa banjir – Pemuda Umno

PEMUDA Umno berharap kerajaan dapat memberikan penambahan bantuan segera kepada mereka yang terkesan akibat banjir ketika ini.

Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ini penting bagi meringankan beban mangsa yang terjejas khususnya mereka yang tinggal di pantai timur.

“Harapnya dapat juga penambahan bantuan diberikan segera kepada mereka yang terkesan dengan banjir terutama di Kelantan dan Terengganu.

“Ini kerana jumlah yang terkesan sudah mencecah 50,000 mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau sebelum itu mengulas mengenai pelbagai bantuan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Antaranya, Bantuan Awal Persekolahan untuk semua murid tanpa mengira latar berlakang sebanyak RM150 seorang akan disalurkan pada awal Januari.

Manakala Program Rancangan Makanan Tambahan juga akan diteruskan. – Malaysiapost

Komen