Waris tahanan meninggal dunia dicari

Waris tahanan meninggal dunia dicari

PIHAK Hospital Sungai Buloh kini sedang berusaha mengesan waris kepada seorang tahanan Penjara Sungai Buloh yang meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan pada 5 Disember lalu.

Bahagian Perhubungan Awam Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan tahanan berkenaan bernama Hazman Edros, 62, dan warisnya dicari bagi urusan pengebumian.

“Pihak Jabatan Penjara telah membuat pencarian waris bagi urusan pengebumian akan tetapi tiada maklumat keluarga diterima.

“Sehubungan itu, waris atau orang ramai yang mengenali Hazman Edros nombor kad pengenalan 600501-43-5019 atau warisnya diminta menyalurkan maklumat dengan hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sungai Buloh.

“Atau menghubungi Mumtaz Jehan Abdul Rashid di talian 03-61454333 sambungan 4286 dan JABATAN Forensik Hospital Sungai Buloh di talian 03-61454333 sambungan 3100,” menurut kenyataan itu.

Pihak Hospital Sungai Buloh turut melampirkan gambar warga emas terbabit. – Malaysiapost

Komen