Doa Anwar buat Harimau Malaya

Doa Anwar buat Harimau Malaya

PASUKAN Harimau Malaya menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang aksi menentang Myanmar pada saingan Piala AFF 2022.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu mendoakan kejayaan skuad bimbingan Kim Pan Gon.

“Selamat berjuang saya ucapkan kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bertemu Myanmar pada hari ini.

“Saya menaruh keyakinan tinggi kombinasi muka lama dan baharu yang ditampilkan jurulatih Kim Pan Gon pada edisi kali ini mampu terjemah kualiti dan prestasi terbaik.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya.

“Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!,” katanya.

Skuad kebangsaan akan membuka kempen Piala AFF 2022 berdepan Myanmar di Stadium Thuwunna, jam 6 petang ini. – Malaysiapost

Komen