Kanak-kanak lemas di kolam taman tema

Kanak-kanak lemas di kolam taman tema

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Johor maut apabila lemas di kolam ombak sebuah taman tema di Alor Gajah, Melaka, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.15 petang itu dan mangsa dikenal pasti sebagai Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin.

Beliau berkata mangsa datang bersama rombongan dari kampungnya di Kampung Sungai Tuansih Tanjung Sedeli, Kota Tinggi.

“Seramai 79 keluarga dari kampung itu sedang bercuti di sini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arshad berkata, rombongan itu tiba di taman tema berkenaan jam 11 pagi dan mangsa pergi berenang bersama beberapa jirannya di kolam sedalam satu meter.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah lewat hari semalam. – Malaysiapost

Komen