Laporan kaji cuaca Siti Nurhaliza terima reaksi positif

Laporan kaji cuaca Siti Nurhaliza terima reaksi positif

KEMUNCULAN penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan laporan cuaca di YouTube Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mendapat reaksi positif.

Selain saluran YouTube, laporan kaji cuaca berkenaan turut disiarkan Berita Wilayah di RTM 1 jam 5 petang dan Berita Perdana RTM jam 8 malam.

Siti yang mengenakan sut rona hitam dipuji ramai kerana beliau tampak bersahaja dan yakin ketika menyampaikan laporan kaji cuaca seluruh negara.

Dalam hantaran di Instagram, penyanyi tersohor itu berterima kasih kepada MetMalaysia atas peluang tersebut.

“Terima kasih MetMalaysia menjemput saya berkolaborasi dengan penyampai ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember 2022 (Rabu).

“Kolaborasi itu diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” tulisnya.

Sementara itu, penonton yang menulis pada bahagian komen memaklumkan tertarik menonton ramalan cuaca kerana penyanyi itu.

“Kali ini paling semangat layan laporan cuaca,” tulis taufiksalimin.

“Macam ini tak suram la cuaca kita tengok tok ti sampaikan info,” kata noor_pamieza. – Malaysiapost

Komen