MPN dibubarkan

MPN dibubarkan

KERAJAAN mengambil keputusan membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MPN dibatalkan kerana berlaku pertindihan jawatan dan fungsi penubuhannya.

“MPN dibatalkan, itu salah satu pertindihan jawatan yang diletakkan memenuhi keperluan ketika itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

MPN dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan sewaktu negara berdepan pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19.

Ia ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu melalui Memorandum Jemaah Menteri kepada Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan juga sedang meneliti untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) memandangkan ada banyak badan seumpamanya, selain ada pertindihan bidang kuasa.

“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan ketua setiausaha negara (KSN).

“Malah tugas Perdana Menteri juga banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertanggungjawab kepada Timbalan-Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun mana-mana agensi kerajaan yang boleh digabungkan akan digabungkan sebagai mengelak pertindihan peranan. – Malaysiapost

Komen