Anwar beri jaminan tidak bezakan layanan setiap negeri

Anwar beri jaminan tidak bezakan layanan setiap negeri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan iltizam kerajaan pimpinannya tidak akan membeda-bedakan layanan mengikut pemimpin pilihan rakyat di setiap negeri.

Anwar berkata, perkara itu sudah diterjemahkan rakyat menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dan ia sesuatu yang perlu dihormati.

“Pentadbiran saya tidak membeda-bedakan pasukan mana yang rakyat telah pilih untuk mengemudi negeri.

“Pilihanraya telah pun berlalu dan keputusan rakyat mesti dijunjung dan dihormati,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau akan mentadbir negara dengan baik dan menerapkan nilai keadilan dengan etika ketelusan serta kebertanggungjawaban yang tinggi.

Semalam, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di dua negeri berkenaan. – Malaysiapost

Komen