Fitnah kahwin lagi, Syamsul nak saman Jawi RM10 juta

Fitnah kahwin lagi, Syamsul nak saman Jawi RM10 juta

PENGARAH sensasi, Syamsul Yusof bakal mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Syamsul dalam hantaran di Instagram mendakwa, tindakan itu berikutan Jawi telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu kepada keluarganya.

“Saya saman pihak JAWI RM10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu kepada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi.

“Ya ianya fitnah. Tq,” tulisnya.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara itu.

Sementara itu, Puteri Sarah membalas kenyataan Syamsul secara sinikal menerusi Instagram Story (IG).

“Tiberr. So betullah gosip tu? Ok mengaku jelahkan. It’s time for u to admit everything,” tulisnya yang turut memuat naik berita berhubung Syamsul mahu saman Jawi.

Dalam hantaran berbeza menerusi IG Story, Puteri Sarah berkata, “Benda macam ini tiberrr (tiba-tiba) muncul.

“Tiberrrr (tiba-tiba) nak saman. For what? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri,” tulisnya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – Malaysiapost

Komen