Ibu dedah ada ‘tangan kejam’ pisahkan Syamsul Yusof dengan anak

Ibu dedah ada ‘tangan kejam’ pisahkan Syamsul Yusof dengan anak

IBU kepada Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail simpati terhadap situasi yang terpaksa dihadapi dua cucunya, berikutan episod krisis rumah tangga pengarah terkenal itu, kembali mendapat perhatian.

Menerusi hantaran di Insta Story, Fatimah mengemas kini gambar bersama kaspyen yang seakan-akan ditujukan kepada seseorang.

Ibu kepada pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memuat naik gambar Puteri Sarah Liyana bersama dua cucunya, dengan kaspsyen menyebut ‘tangan kejam’.

“Mereka perlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka. namun ada tangan yang kejam memisahkan mereka,” tulisnya.

Menerusi hantaran berbeza semalam, Fatimah memberikan bayangan bahawa dia tidak merestui sekiranya benar anaknya Syamsul bernikah bersama orang ketiga.

Terdahulu, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas kontroversi membabitkan Syamsul yang didakwa sudah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.

Sejak kelmarin, kecoh dakwaan bahawa Syamsul dan Ira sebenarnya telah bernikah.

Bayangan hubungan pasangan ‘kekasih’ itu sudah mendirikan rumah tangga, telah diberitahu sendiri oleh Puteri Sarah menerusi hantaran Insta Story, kelmarin. – Malaysiapost

Komen