Kementerian Wilayah Persekutuan kini Jabatan Wilayah Persekutuan

Kementerian Wilayah Persekutuan kini Jabatan Wilayah Persekutuan

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan kini distruktur semula sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jabatan berkenaan diterajui oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Rosida Jaafar.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi Facebook selepas menghadiri sesi taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

“Sesi taklimat kepada Perdana Menteri disampaikan oleh Datuk Seri Rosida Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan berkaitan struktur terkini pentadbiran Jabatan Wilayah Persekutuan.

“Jabatan yang sebelum ini adalah sebuah kementerian, distrukturkan semula pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Zuki berkata, sebaik selesai taklimat terbabit, beliau bersama Perdana Menteri menghadiri Majlis Interaksi Wilayah Persekutuan.

Jelasnya, majlis terbabit adalah platform di antara pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi membincangkan isu kritikal serta cadangan pelaksanaan dasar pembangunan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan. – Malaysiapost

Komen