Mayat mangsa ke-27 tragedi tanah runtuh ditemui

Mayat mangsa ke-27 tragedi tanah runtuh ditemui

SATU lagi mangsa ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, mengesahkan penemuan tersebut menerusi hantaran di media sosial, sebentar tadi.

Mayat itu itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 10.39 pagi, sekali gus menjadikan jumlah mangsa korban tragedi itu seramai 27 orang.

Manakala, baki enam mangsa masih dikesan.

“Alhamdulillah, pada jam 10.39 pasukan mencari dan menyelamat SAR menjumpai lagi mangsa, kenyataan media akan menyusul,” kata hantaran itu.

Terdahulu, operasi SAR baki mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Jalan Genting- Batang Kali diteruskan jam 8 pagi tadi.

Semalam, dua mayat ditemukan masing-masing membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki bersama dua anjingnya, masing-masing mangsa ke-25 dan ke-26 tragedi itu.

Mayat lelaki dewasa itu ditemukan jam 11.16 pagi semalam di Sektor B (Farm View), manakala mayat kanak-kanak perempuan berkenaan ditemukan jam 11.15 malam kelmarin di Sektor C (Riverside).

Dalam tragedi jam 2.42 pagi Jumaat lalu itu, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter berlaku di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dengan 61 dilaporkan selamat, manakala 27 lagi disahkan terkorban dan enam masih hilang. – Malaysiapost

Komen