Nikahi Ira Kazar: ‘Itu kena tanya Syamsul sendiri’ – Yusoff Haslam

Nikahi Ira Kazar: ‘Itu kena tanya Syamsul sendiri’ – Yusoff Haslam

DATUK Yusof Haslam enggan mengulas kontroversi membabitkan anaknya, Syamsul yang didakwa sudah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.

“Biarlah kenyataan itu keluar daripada mulut Syamsul kerana ini membabitkan hal rumah tangganya” katanya seperti dilapor Kosmo Online.

Pengarah dan produser terkenal itu berpandangan, tidak perlu ibu bapa yang membuat kenyataan bagi pihak anak-anak memandangkan Syamsul sudah cukup matang untuk mempertimbangkan baik buruk segala perkara.

“Saya tidak boleh komen, sebaliknya kena tanya Syamsul sendiri mengenai semua yang diperkatakan orang, tambahan pula berkaitan dirinya.

“Apa yang boleh saya cakap sekarang ialah sebagai ibu bapa kami hanya mendoakan perkara baik-baik untuk anak serta menantu kami, Puteri Sarah Liyana.

“Pada umur yang sudah mencecah 38 tahun bagi saya Syamsul cukup dewasa untuk memikirkan mana yang dirasakan baik, mahu pun buruk,” katanya.

Kelmarin, Puteri Sarah memberi bayangan bahawa suaminya dan wanita yang didakwa orang ketiga dalam perkahwinan mereka sebenarnya telah bernikah.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meluahkan keyakinan bahawa semua penipuan yang cuba disembunyikan pihak terbabit akan dapat dibuktikan suatu hari nanti. – Malaysiapost

Komen