‘Soroklah selagi boleh, penipu sentiasa jadi penipu’ – Puteri Sarah

‘Soroklah selagi boleh, penipu sentiasa jadi penipu’ – Puteri Sarah

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof memasuki episode baharu apabila pengarah tersohor itu didakwa sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Bayangan hubungan pasangan ‘kekasih’ itu sudah mendirikan rumah tangga, telah diberitahu sendiri oleh Puteri Sarah menerusi hantaran Insta Story, kelmarin.

Dalam hantaran itu, Puteri Sarah seakan-akan menyindir Syamsul dan Ira yang bertindak mengunci mulut mengenai kontroversi hubungan mereka.

“Soroklah selagi boleh dan kebenaran akan terbongkar nanti. Individu narsisis seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran.

“Saya tidak mahu hadap dengan perkara toksik. Penipu akan sentiasa menjadi penipu.

“Selamat maju jaya kepada anda berdua, kedua-duanya individu toksik! Semoga semuanya akan terdedah pada tahun 2023,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, pelakon Suri Hati tersebut juga memberitahu kisah kecurangan suaminya itu sudah berlaku sebelum dia melahirkan Sumayyah, anak keduanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah dilaporkan hadir ke Bahagian Penguatkusaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan (Jabatan Agama Islam Selangor).

Kehadirannya itu bagi membuat tuntutan terhadap Ira Kazar, wanita yang dikatakan ‘orang ketiga’ mengganggu rumah tangganya.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – Malaysiapost

Komen