Agong terima menghadap perpisahan Panglima TLDM

Agong terima menghadap perpisahan Panglima TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap perpisahan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, hari ini.

Istana Negara dalam kenyataan di Facebook, berkata pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, Mohd Reza yang mula berkhidmat pada 1 Mei 1981, akan menyerahkan tugas Panglima Tentera Laut Ke-17 kepada Timbalan beliau Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, bermula Januari depan.

Mohd Reza berkhidmat selama 42 tahun bersama TLDM dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Reza kepada TLDM, Negara dan keamanan sejagat,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

Komen