Banjir: 49,597 mangsa ditempatkan di PPS enam negeri

Banjir: 49,597 mangsa ditempatkan di PPS enam negeri

SERAMAI 49,597 mangsa banjir direkod masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda enam negeri.

Angka terkini membabitkan 14,396 keluarga itu direkodkan sehingga jam 6 pagi ini, dengan semua mangsa kini ditempatkan di 256 PPS yang dibuka.

Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai.

Sehingga pagi ini, 24,738 mangsa daripada 6,633 keluarga direkodkan berlindung di 174 PPS yang dibuka, diikuti Kelantan dengan 24,690 mangsa daripada 7,709 keluarga di 75 PPS.

Baki empat lagi negeri yang terjejas banjir ialah Perak dengan 50 mangsa daripada 17 keluarga di satu PPS diikuti, Johor dengan 46 mangsa daripada 14 keluarga di dua PPS, dan Pahang membabitkan 22 mangsa daripada enam keluarga di satu PPS dibuka.

Sementara di Selangor, dua PPS dibuka dan membabitkan 51 mangsa daripada 17 keluarga. – Malaysiapost

Komen