Covid-19: 857 kes baharu, 3 kematian semalam

Covid-19: 857 kes baharu, 3 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,824 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 857 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan satu kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,982,744 kes.

Selain itu, seramai 13,685 individu atau 93.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 859 kes pula dirawat di hospital dan 46 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 23 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen