‘Nak saman Jawi? Jadi betullah gosip tu’ – Puteri Sarah

‘Nak saman Jawi? Jadi betullah gosip tu’ – Puteri Sarah

PELAKON Puteri Sarah Liyana mempersoalkan kenyataan suaminya, Syamsul Yusof yang mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas didakwa menyebarkan maklumat peribadi milik pengarah itu sehingga tular.

Menerusi kemaskini Insta Story, Puteri Sarah berkata tindakan Syamsul tersebut seakan-akan mengiyakan gosip bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita bernama Ira Kazar.

“Jadi, betullah gosip itu? Okay mengaku sajalah. Tiba masanya untuk awak mengakui semuanya,” katanya Puteri Sarah.

Dalam hantaran berbeza, pelakon Suri Hati itu berkata sepatutnya Syamsul berfikiran positif dan mengumumkan secara baik jika benar sudah berkahwin dengan Ira.

“Tiberrrr (tiba-tiba) nak saman. For what? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri,” tulisnya.

Sebelum ini, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dikatakan bakal mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jawi, berikutan didakwa telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu kepada keluarganya.

Semalam, krisis rumah tangga pasangan ini kembali mendapat perhatian setelah pengarah terkenal itu dikatakan sudah berkahwin dengan orang ketiga, Ira.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – Malaysiapost

Komen