Saya mohon maaf – MB Terengganu

Saya mohon maaf – MB Terengganu

MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui kesal dengan tindakannya tidak dapat bersama saat sukar rakyat negeri itu menghadapi bencana banjir beberapa hari sebelum ini.

Beliau tampil hari ini, telah memohon jutaan kemaafan kepada rakyat negeri itu kerana berada selama empat hari di luar negara ketika bencana banjir semakin kritikal di Terengganu baru-baru ini.

“Saya sungguh kesal kerana tidak dapat bersama mangsa-mangsa banjir di lapangan terutama dalam tempoh empat hari yang kritikal.

“Saya minta maaf kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di negeri ini,” katanya di Facebook miliknya, hari ini.

Malah, Naib Presiden Pas itu juga mengakui bahawa tiada sebarang alasan untuk beliau tidak bersama-sama dengan mangsa yang terlibat banjir dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, Samsuri tidak menjelaskan mengenai urusan yang dilakukan di luar negara di saat musim tengkujuh melanda negara ketika ini.

Sebelum ini, Malaysiapost telah mendedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang itu telah bercuti di Auckland, New Zealand bersama isterinya, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Samsuri dan isterinya telah berlepas ke negara berkenaan pada 11 Disember lalu. -Malaysiapost

Komen