Shamsul Iskandar angkat sumpah Setpol Kanan Anwar

Shamsul Iskandar angkat sumpah Setpol Kanan Anwar

BEKAS Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Selain Shamsul Iskandar, turut dilantik sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

Majlis mengangkat sumpah kerahsiaan pagi tadi dibuat di hadapan Anwar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia tiga orang Setiausaha Politik saya di Putrajaya pagi ini.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” katanya. – Malaysiapost

Komen