Covid-19: 897 kes baharu, 6 kematian semalam

Covid-19: 897 kes baharu, 6 kematian semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,830 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, tiga kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 897 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan lima kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,983,641 kes.

Selain itu, seramai 13,562 individu atau 94.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 776 kes pula dirawat di hospital dan 44 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 31 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen