Kesihatan makin baik, Nad Zainal buat live TikTok malam ini

Kesihatan makin baik, Nad Zainal buat live TikTok malam ini

SELEPAS terlantar di hospital dan sebulan tidak memuatnaik hantaran di media sosial, pelakon Nad Zainal akhirnya muncul memaklumkan akan membuat siaran langsung (live) di TikTok, jam 8 malam ini.

Perkembangan terbaharu pelakon itu dimaklumkan menerusi kemaskini Instagram rasminya, sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Jumpa di live TikTok 8PM,” tulis Nad ringkas.

Difahamkan, kemunculan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, menerusi siaran langsung itu bagi berkongsi perkembangan terkini keadaan dirinya selepas menerima rawatan akibat pendarahan dalam paru-paru.

Sebelum ini, media melaporkan pelakon Takdir Yang Tertulis itu sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif.

23 November lalu, Nad dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. – Malaysiapost

Komen