Banjir di Terengganu makin pulih, hanya 1,438 mangsa masih di PPS

Banjir di Terengganu makin pulih, hanya 1,438 mangsa masih di PPS

SITUASI banjir di Terengganu semakin pulih dengan sebanyak 1,438 mangsa banjir masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat 8 pagi ini, semua mangsa daripada 385 keluarga itu membabitkan mereka yang tinggal di daerah Kuala Terengganu, Besut, Marang dan Kuala Nerus.

Ia sekali gus menunjukkan sedikit pengurangan berbanding malam tadi yang merekodkan 1,510 mangsa daripada 400 keluarga.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kuala Nerus merekodkan jumlah mangsa teramai apabila 1,090 mangsa masih ditempatkan di empat PPS.

Ia diikuti Besut yang masih membuka lima PPS bagi menempatkan 183 mangsa membabitkan 51 keluarga.

Di Kuala Terengganu, seramai 89 mangsa daripada 21 keluarga masih berlindung di dua PPS, sementara satu PPS masih aktif di Marang dengan 76 mangsa masih terjejas. – Malaysiapost

Komen