Covid-19: 607 kes baharu, tiada kematian direkod semalam

Covid-19: 607 kes baharu, tiada kematian direkod semalam

SEBANYAK 607 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, termasuk dua kes import.

Menurut portal KKMNOW, tiada kematian baharu dicatatkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah
kematian dalam negara kini direkodkan sebanyak 36,831 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 13,997 kes, dengan 13,229 atau 94.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 725 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 19 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan sehingga semalam ialah 737 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,972,691 kes. – Malaysiapost

Komen