Ahmad Zahid ziarah bekas Pengerusi Tetap Umno

Ahmad Zahid ziarah bekas Pengerusi Tetap Umno

PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarah bekas Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyifatkan veteran Umno berkenaan adalah gurunya dalam bidang politik.

“Ruang masa yang ada memberikan kesempatan kepada saya untuk melawat mantan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia Tan Sri Onn Ismail di HTAR Klang, didoakan semoga Tan Sri akan segera sembuh.

“Tan Sri adalah guru saya dalam bidang politik dan jasanya adalah sangat besar dalam perjalanan karier politik saya dari dahulu hingga ke hari ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid juga berkongsi video lawatannya dalam hantaran berkenaan yang memaparkan beliau turut membacakan doa agar pemimpin Umno itu kembali sihat. – Malaysiapost

Komen