Berita baik, RTM siar secara langsung aksi Malaysia lawan Vietnam

Berita baik, RTM siar secara langsung aksi Malaysia lawan Vietnam

SETELAH diasak peminat, RTM akhirnya mengumumkan akan menyiarkan siaran secara langsung aksi Harimau Malaya menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada perlawanan Kumpulan B Kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022, malam ini.  

Berita gembira itu diumumkan RTM menerusi hantaran di Facebook miliknya yang menemukan dua pasukan menggunakan corak permainan DNA Korea Selatan itu.

Aksi tersebut dapat ditonton secara langsung di saluran TV2 dan Sukan RTM pada jam 8.45 malam ini. 

Peminat Harimau Malaya juga boleh menyaksikan aksi anak buah Kim Pan Gon secara langsung menerusi penstrimen langsung di RTMklik. 

Setelah unggul dalam dua perlawanan, Malaysia bertandang ke Hanoi dalam misi mengutip tiga mata penuh sekali gus memastikan layak ke peringkat separuh akhir kejohanan. 

Kelibat Brendan Gan dan rakan-rakan pastinya akan ditentang cabaran sengit daripada gergasi Asia Tenggara itu yang turut dikemudi pengendali dari Korea Selatan, Park Hang Seo

Dalam dua perlawanan terdahulu, Malaysia telah memperolehi kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar di Yangoon sebelum membelasah Laos 5-0 di Bukit Jalil. 

Kali terakhir Malaysia menentang Vietnam ialah pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada 2021 yang menyaksikan Malaysia tunduk 1-2. – Malaysiapost

Komen