Cantik seperti ibu, netizen teruja lihat kejelitaan anak gadis Permaisuri Selangor

Cantik seperti ibu, netizen teruja lihat kejelitaan anak gadis Permaisuri Selangor

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menghadiri majlis graduasi anak tirinya, Nur Amanda Mustapha Kamal di United Kingdom.

Hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini memaparkan beberapa foto kenangan manis Sultan Selangor yang meluangkan masa Tengku Permaisuri Norashikin hadir majlis graduasi anakanda sulung isterinya, di University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom.

“Pada 11 November 2022, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM sulung DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, Nur Amanda, 22 tahun, telah menamatkan pengajian dari universiti berkenaan dan menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering),” menurut hantaran itu.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Nur Amanda sambil teruja melihat sikap Sultan Sharafuddin yang mengambil berat anak tirinya itu.

Pada masa sama ramai juga netizen memuji kejelitaan Nur Amanda yang disifatkan mewarisi kecantikan ibunya.

Hasil perkahwinan terdahulu, Tengku Norashikin dikurniakan dua anak. – Malaysiapost

Komen