Isu ‘sponsor’ majlis kahwin hanya gurauan – Abang Viva

Isu ‘sponsor’ majlis kahwin hanya gurauan – Abang Viva

ITU hanya gurauan, tegas sukarelawan banjir terkenal, Azwan Omar berhubung kenyataan sebelum ini yang ‘mengalu-alukan’ jika ada pihak ingin menaja majlis perkahwinannya pada 31 Disember ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Azwan yang lebih dikenali sebagai Abang Viva sehubungan itu meminta semua pihak agar tidak memperbesarkan isu tersebut.

“Assalamualaikum… pertama saya minta maaf pasal post (hantaran) saya yang lepas berkenaan isu sponsor. Kalau tngok betul-betul itu sy buat gurauan.

“Minta semua jangan besarkan isu itu, niat saya hanyalah untuk memberitahu kepada semua tentang majlis yang akan diadakan.

“Tak disangka banyak admin di page-page (media sosial) membesarkan isu sponsor sahaja, itu yang ‘dihighlightkan’, kalau diikutkan tinggal berapa hari saja lagi (majlis perkahwinan),” katanya.

Susulan itu, Azwan menegaskan, jika benar mahu ditaja, tentunya beliau telah membuat hantaran mengenainya di media sosial sebulan yang lalu.

“Maaf sekali lagi atas kesalahfahaman semua,” katanya lagi.

Semalam Azwan menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan pihaknya akan membuat majlis perkahwinan kecil-kecilan di Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember ini.

Justeru Azwan memohon orang ramai untuk mendoakan majlisnya berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Azwan sempat menyelit gurauan dengan menyatakan majlis tersebut dibuat kecil-kecilan sahaja kerana tidak mempunyai bajet, disusuli emoji ketawa di hujung ayat.

Guarauannya tidak terhenti di situ, Azwan turut menambah jika ada pihak ingin menaja boleh hubunginya menerusi mesej kerana dia sangat mengalu-alukan perkara itu, juga ditambah emoji ketawa di belakang ayat. – Malaysiapost

Komen