KKD teliti isu pengambilalihan pengurusan Menara KL

KKD teliti isu pengambilalihan pengurusan Menara KL

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) oleh syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata beliau telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsensi pengurusan Menara KL pada 14 Disember lalu.

“Saya memandang serius isu dibangkitkan menerusi media sosial serta soalan-soalan ditanya berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.

“Saya telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada kementerian pada 14 Disember lalu dan akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada TM pada 3 Januari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, beliau difahamkan konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh MKLSB.

Katanya, KKD memantau rapat perkembangan itu dan sedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu berkenaan. – Malaysiapost

Komen