Keahlian NGO Perpaduan Ummah dibuka dalam masa terdekat – Shahidan

Keahlian NGO Perpaduan Ummah dibuka dalam masa terdekat – Shahidan

PENDAFTARAN keahlian Perpaduan Ummah akan dibuka di seluruh negara dalam masa terdekat, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bekas pemimpin Umno itu adalah pengasas kepada penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

“Perpaduan Ummah adalah sebuah NGO yang melibatkan masyarakat bersatu padu tanpa mengira latar belakang ideologi dalam mencapai satu matlamat yang sama.

“Perpaduan Ummah Untuk Semua,” kata Shahidan menerusi hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini Shahidan memaklumkan NGO itu didaftarkan awal bulan ini dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan ahli Umno ke dalam NGO tersebut. – Malaysiapost

Komen