Sanusi nafi terlibat dalam skim pelaburan patuh syariah

Sanusi nafi terlibat dalam skim pelaburan patuh syariah

GAMBAR Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah digunakan ‘scammer’ sebagai daya tarikan untuk mempengaruhi orang ramai melabur dalam satu skim pelaburan. 

Beliau menafikan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya, malam ini.

Sanusi manasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan helah skim yang dikatakan patuh syariah itu kerana telah mengeksploitasikan gambarnya tanpa pengetahuan dan kebenaran  dalam satu poster iklan di media sosial. 

Poster iklan itu telah disebarkan di Facebook menerusi akaun yang dikenali sebagai Cave Iris. 

“Ni scammer guna gambaq saya… harap jangan ada yang tertipu,” katanya ringkas. 

Pencarian di Facebook, mendapati akaun tersebut telah dilenyapkan pemiliknya. -Malaysiapost

Komen