PM jamu selera hidangan murtabak keju terkenal Kampung Melayu Majidee

PM jamu selera hidangan murtabak keju terkenal Kampung Melayu Majidee

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa makan tengah hari bersama-sama orang ramai di Restoran Murtabak Azo, Kampung Melayu Majidee, hari ini.

Turut menjamu selera adalah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasir serta pemimpin masyarakat setempat.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee

Beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk menjamu selera, khususnya hidangan murtabak keju yang memang terkenal di Johor Bahru.

Dalam masa sama, Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee yang terletak bertentangan dengan restoran tersebut.

“Saya turut menurunkan tandatangan pada plak kenangan di Masjid Kampung Melayu Majidee.

Perdana Menteri menurunkan tandatangan pada plak kenangan di Masjid Kampung Melayu Majidee.

“Ia menghimbau kenangan 27 tahun lalu tatkala saya berkunjung ke negeri Johor Darul Takzim untuk merasmikan pecah tanah bangunan masjid,” katanya. – Malaysiapost

Komen