Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2023

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2023

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2023.

Ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi poster yang dimuat naik dalam Facebook Istana Negara.

Seri Paduka berdua turut berkenan mendoakan rakyat Malaysia hidup dalam kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang musibah.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua. – Malaysiapost

Komen