Fatin Afeefa kini suri hati Aliff Farhan 

Fatin Afeefa kini suri hati Aliff Farhan 

PELAKON Fatin Afeefa menamatkan zaman jandanya dengan jejaka pilihan hati di Putra Glass Hall, Subang Jaya, malam tadi. 

Dia sah bergelar suri hati Aliff Farhan pada jam  8.40 malam dengan hanya sekali lafaz, lapor Utusan. 

Mengesahkan lagi berita baik ini menerusi jurusolek popular, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab menata rias wajah Fatin. 

Dalam hantaran di Instagram, Alha turut berkongsi gambar pelakon itu dengan ucapan tahniah. 

“Fatin Afeefa, tahniah dan terima kasih kerana menggunakan khidmat saya,” katanya.

Rakan selebriti seperti Bella Astillah dan Ika Nabella antara yang turut hadir ke majlis pernikahan pelakon filem Tentang Bulan itu.

Bagaimanapun, Fatin masih belum berkongsi mengenai status terbaharunya di media sosialnya setakat ini. 

Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 sebelum sah bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7. – Malaysiapost

Komen