Harapan Zahid Malaysia maju dibawah Kerajaan Perpaduan

Harapan Zahid Malaysia maju dibawah Kerajaan Perpaduan

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat agar rakyat terus berganding bahu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Menerusi ucapan Tahun Baharu 2023 yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, Ahmad Zahid turut berikrar untuk komited dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

“Harapan saya menjadikan Malaysia maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini,” katanya dalam video ucapan itu.

Ahmad Zahid turut berharap rakyat akan sederap bersama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk tahun 2023.

Beliau yang juga Presiden Umno berharap semua pihak dapat bersama-sama dalam menghadapi segala cabaran yang akan ditempuhi tahun depan.

“Pastinya segala kejayaan akan kita raikan bersama. Sementara cabaran yang mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai. Selamat Tahun Baharu 2023,” katanya. – Malaysiapost

Komen