Henti tugas LRA Sungai Semenyih kerana pencemaran bau

Henti tugas LRA Sungai Semenyih kerana pencemaran bau

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas sementara, pada jam 7 malam tadi.

Air Selangor dalam hantaran Facebook, berkata henti tugas LRA Sungai Semenyih itu berikutan insiden pencemaran bau yang telah dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Katanya, senarai kawasan-kawasan yang dijangka akan terkesan akan dimaklumkan kelak.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Dalam masa sama, Air Selangor berkata sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – Malaysiapost

Komen