Jakel Shah Alam terbakar

Jakel Shah Alam terbakar

GEDUNG tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 7.08 pagi.

Susulan itu, katanya, 38 pegawai dan anggota digerakkan ke tempat kejadian membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. – Malaysiapost

Foto ihsan JBPM

Komen