Aliran trafik lebuh raya utama perlahan

Aliran trafik lebuh raya utama perlahan

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat jam 2.50 petang tadi berikutan cuti sempena Tahun Baharu 2023, bakal berakhir hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia, menerusi kemaskini di Facebook memaklumkan trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akibat pertambahan kenderaan di laluan tersebut.

LLM berkata, trafik bergerak perlahan dari menghala ke Kuala Lumpur di Hentian Rehat Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Trafik juga dilaporkan perlahan dari Plaza Tol Bentong menghala ke Bukit Tinggi.

Sementara itu, laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (km) 259.3 sehingga KM 261.3 arah Utara dari Senawang ke Seremban.

“Lorong paling kiri boleh dilalui. Hati-hati memandu dan terima kaish atas kerjasama anda,” katanya. – Malaysiapost

Komen