6 guru baharu ganti guru terkorban tragedi tanah runtuh

6 guru baharu ganti guru terkorban tragedi tanah runtuh

ENAM guru baharu memulakan khidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, hari ini.

Mereka mengisi kekosongan ditinggalkan enam guru sekolah itu yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, 16 Disember lalu.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Aziz Md. Hashim berkata, semua enam pengganti itu adalah guru baharu dan memulakan sesi persekolahan bagi 2023.

Semasa sesi perhimpunan pagi ini, wakil guru meminta semua warga sekolah bertafakur seminit bagi mendoakan rakan-rakan mereka yang maut dan terkesan dalam insiden tanah runtuh itu, lapor Utusan Online.

Wakil guru turut mengingatkan kesemua murid untuk melapor kepada guru bertugas sekiranya emosi mereka terganggu disebabkan kejadian malang tersebut.

“Sekiranya ada di antara kamu yang sedih boleh segera maklumkan kepada guru-guru untuk dapatkan bantuan,” katanya. – Malaysiapost

Komen