7 tahun kahwin, kali pertama kad ni berfungsi

7 tahun kahwin, kali pertama kad ni berfungsi

SELEPAS tujuh tahun memilikinya, ‘kad nikah’ betul-betul memainkan peranannya pada malam tahun Krismas.

Kisah itu dikongsi seorang wanita di Facebook dikenali Hennah Jannah yang tidak menyangka bilik hotel penginapannya diserbu jawatankuasa pencegah maksiat pada malam 25 Disember lalu.

“Disebabkan ade job makeup Henna di Muar, so I decide untuk stay one of the hotel area bypass Muar..around 12 tengah malam, I and husband sleep already laa sebab pukul 6 pagi I ade makeup Sungai Mati, Muar,” katanya.

Menurut Hennah, sedang dia dan suami nyenyak tidur, tiba-tiba terdengar ketukan kuat di pintu bilik dan mereka menyangka petugas hotel berkenaan yang mengetuk pintu.

“Kami terus terjaga sebab ketukan kuat. I macam blur. Eh kenapa orang ketuk pintu ni. Orang hotel ni nak apa,” katanya.

Hennah berkata, kemudian suaminya memeriksa lubang di pintu dan mendapati sekumpulan pegawai pencegah maksiat sedang menunggu di luar pintu bilik mereka.

“Sayang! Pencegah maksiat sayang! Keluarkan IC sayang. I like Huh? Really?!” katanya.

Selepas tiga minit, Hennah berkata, suaminya membuka pintu dan tanpa berlengah terus memberi kad pengenalan dan kad nikah mereka kepada pegawai pencegah maksiat.

“Buka saja pintu, tak sempat pihak tu nak tanya, suami terus hulur kad pengenalan dan kad nikah kami.

“Bukan seorang dua ya pihak berkuasa, ramai tunggu tertumpu kat bilik kami,” katanya.

Setelah berpuas hati mereka pasangan suami isteri yang sah, pegawai pencegah maksiat melepaskan Hennah dan suami lalu memohon maaf kerana ‘menganggu’ tidur mereka berdua.

“Belek-belek IC kami dan semak tarikh nikah. Ya tahun 2016. Terus mereka macam okay, encik maaf ganggu.

“Hahahhaha! Selepas hampir 7 tahun, ini kali pertama kad ni berfungsi!” katanya. – Malaysiapost

Komen