PAU 2022 bermula Rabu depan

PAU 2022 bermula Rabu depan

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2022 akan diadakan selama empat hari bermula 11 hingga 14 Januari ini, World Trade Centre (WTC), ibu negara.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, PAU Khas pula akan diadakan pada hari Jumaat selepas ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, PAU Khas itu diadakan untuk meminda dua Perlembagaan Umno agar selari dengan Rang Undang-Undang Akta Anti Lompat Parti.

“Pada kali ini akan diadakan juga Perhimpunan Agung Umno Khas (EGM) bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan Umno,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat Umno, WTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad turut memaklumkan, anggaran jumlah perwakilan ke PAU 2022 ialah seramai 5,571 orang perwakilan.

“2,680 Wanita Umno, 959 orang, Pemuda Umno 971 orang, Puteri Umno 961 orang,” katanya.

Ahmad menambah, perbezaan dan pembaharuan bagi PAU 2022 ialah Ketua Penerangan Umno turut terlibat dalam dewan persidangan selaku pemerhati khas. -Malaysiapost

Komen