Sekolah tentukan pelajar pakai tali leher atau tidak – menteri

Sekolah tentukan pelajar pakai tali leher atau tidak – menteri

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada pengurusan sekolah membenarkan pelajar memakai tali leher ataupun sebaliknya.

Ini kerana menurut Menterinya, Fadhlina Sidek, ia adalah di bawah bidang kuasa pihak sekolah.

“Kita serah kepada pengurusan sekolah kerana pemakaian tali leher di bawah bidang kuasa sekolah.

“Kita beri kelonggaran kepada pihak sekolah untuk terus pakai (tali leher) atau tidak. Tidak ada isu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau ditemui media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun di Shah Alam hari ini.

Fadhlina mengulas laporan media susulan Dewan Rakyat kini melonggarkan pemakaian tali leher dalam kalangan ahlinya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat dikecualikan daripada memakai tali leher.

Kebenaran itu diputuskan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas mendapat permintaan serta cadangan daripada wakil rakyat. – Malaysiapost

Komen