TPM, MB Pahang bincang penambahbaikan hadapi banjir

TPM, MB Pahang bincang penambahbaikan hadapi banjir

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Beliau berkata, lawatan Wan Rosdy itu berlangsung pada sebelah pagi, sebelum pertemuannya bersama delegasi dari Majlis Profesor Negara (MPN), hari ini.

Katanya, dalam pertemuan itu mereka membincangkan berkenaan pembangunan negeri dan penambahbaikan dalam menghadapi bencana banjir.

“Pertemuan yang singkat. Namun, beberapa perkara sempat kami bincangkan terutamanya mengenai agenda pembangunan negeri serta penambahbaikan dalam menghadapi bencana banjir yang memerlukan pelan jangka masa panjang.

“Saya yakin di bawah pentadbiran Datuk Seri Menteri Besar, Pahang akan terus maju, aman, makmur dan sejahtera,” katanya dalam hantaran Facebook.

Wan Rosdy merangkap Menteri Besar Pahang memegang lapan portfolio dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai itu bertanggungjawab dalam portfolio perancangan, kewangan, tanah, sumber asli, tenaga dan air.

Selain itu, beliau turut memegang portfolio berkaitan pembangunan ekonomi, perladangan dan komoditi. – Malaysiapost

Komen