Wisma Jakel Shah Alam terbakar lagi

Wisma Jakel Shah Alam terbakar lagi

WISMA Jakel di Seksyen 7 Shah Alam mengalami kebakaran kali kedua tengah malam tadi membabitkan stor simpanan langsir di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 12.40 tengah malam.

Beliau berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Puchong; BBP Kota Anggerik;BBP Damansara; BBP Sungai Pinang; BBP Petaling Jaya dan BBP Kota Raja ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.52 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

“Api kemudian berjaya dipadamkan keseluruhannya pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pada 1 Januari lalu gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar dalam kejadian jam 7.08 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 10 jam kemudian. – Malaysiapost

Komen