Jangkitan Covid-19 turun 333 kes, 1 kematian semalam

Jangkitan Covid-19 turun 333 kes, 1 kematian semalam

JANGKITAN Covid-19 dilihat terus turun dengan 333 kes dilaporkan semalam, berbanding 360 pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 332 kes jangkitan tempatan dan satu kes import.

Manakala hanya satu kematian dengan tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) dilaporkan dalam tempoh sama.

Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,027,790 kes, dengan 36,859 kematian.

Setakat semalam, sebanyak 11,763 kes masih aktif, dengan 622 pesakit atau 5.3 peratus menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, seramai 32 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen