Kekalahan PRU-15 sukar dihadam, namun ia sudah ketentuan – Reezal Merican

Kekalahan PRU-15 sukar dihadam, namun ia sudah ketentuan – Reezal Merican

TIDAK putus asa, kembali lebih kuat dan pastikan tidak melakukan kesilapan silam, itu tekad Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican susulan kekalahan di Parlimen Kepala Batas yang dihadapinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, menerima kekalahan itu sebagai ketentuan Allah SWT, kerana keputusan itu memang tidak dijangka dan sukar dihadam.

Menurutnya, bila mengalami kekalahan atau satu keputusan itu diluar logik akal dan sukar dihadam, kerana semua pihak merasakan boleh menang dengan majoriti hingga 14,000 undi atau tak kurang 5,000 undi termasuk beliau sendiri yakin akan menang, maka ia adalah sudah ketentuan.

“Tiada seorang pun jangka bawah 5,000 (undi). Maknanya tahap keyakinan kami tinggi. Saya pun pergi bantu kempen untuk Khairy Jamaluddin (Sungai Buloh) dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Kuala Selangor) kerana yakin akan menang.

“Tapi kalau. Maknya itu adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT yang di luar daripada pemikiran kita,” katanya dalam satu rakaman video.

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut merujuk kepada ayat al-Quran yang dibacanya baru-baru ini yang bermaksud “lihatlah bagaimana kumpulan yang nampak kecil, kurang, nampak tak kuat dan tak besar, namun boleh mengatasi kumpulan yang lebih besar dengan izin Allah.

“Kita ni nampak besar..yang lawan tu menteri, jawatan yang besar, jenteranya besar, segala-galanya besar..tetapi akhirnya kita tewas..kerana apa? Izin Allah.

“Jadi bila disebut kita kalah kerana Allah SWT. Jadi tuhan ajar jangan putus asa, jangan putus harapan dengan-Nya. Kembali kuat dan pastikan bahawa kita tidak lakukan kesilapan silam yang pernah dilakukan. Maka sebab itu kita perlu lakukan muhasabah,” katanya.

Pada PRU-15 19 November lalu, Penguasaan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kepala Batas sejak 1974 berakhir apabila calon penyandangnya, Reezal Merican tewas.

Reezal Merican tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Dr Siti Mastura Muhammad yang memperoleh majoriti sebanyak 2,867 undi.

Siti Mastura memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat 28,604 undi manakala Reezal Merican memperoleh 25,737 undi yang turut mengenepikan saingan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Muhammad Danial Abd Majeed memperoleh 14,214 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamidi Abu Hassan dengan 747 undi.

Reezal Merican bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRu14, bahkan lebih buruk lagi BN Pulau Pinang kehilangan kesemua kerusi menjadi kubu kuat Umno, termasuk Parlimen Tasek Gelugor. – Malaysiapost

Komen