Menteri Pelancongan letak jawatan Pengarah Urusan Timberwell

Menteri Pelancongan letak jawatan Pengarah Urusan Timberwell

MENTERI Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing telah meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Timberwell Bhd.

Syarikat pembalakan yang berpangkalan di Sabah itu memaklumkan perkara berkenaan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Dalam makluman itu, syarikat terbabit menyatakan alasan peletakan jawatan King Sing adalah ‘disebabkan komitmen peribadi lain’.

King Sing, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, dilantik sebagai Menteri Pelancongan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lalu.

Beliau mula dilantik sebagai Pengarah Urusan Timberwell pada 19 Mac 2017.

Menurut laporan tahunan terbaru kumpulan itu, King Sing memiliki 23.8 peratus kepentingan dalam Timberwell pada 31 Mac tahun lalu. – Malaysiapost

Komen